• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) 2024

Search Courses

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) 2024
Kota Bharu, 11 Februari 2025 – Jabatan Audit dan Kualiti (JADK) berjaya mengadakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) yang bertujuan untuk menilai prestasi sistem pengurusan kualiti organisasi. Mesyuarat ini merupakan inisiatif tahunan yang penting bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian kualiti serta mengenal pasti ruang untuk penambahbaikan.
Antara agenda utama dalam mesyuarat ini adalah membincangkan penemuan dan tindakan susulan daripada audit dalaman yang telah dijalankan, mengkaji sejauh mana pencapaian objektif kualiti yang telah ditetapkan, meneliti aduan, cadangan, dan pujian yang diterima sepanjang tahun serta merangka pelan tindakan bagi memperkukuh sistem pengurusan kualiti pada masa hadapan.
Mesyuarat ini dihadiri oleh barisan Pengurusan KTD dan Pengurusan Hal Ehwal Akademik (HEA). Hasil daripada mesyuarat ini, beberapa inisiatif baharu telah disarankan, termasuk penambahbaikan untuk  sistem penilaian staf dan pengambilan pelajar baharu. JADK optimis bahawa pelaksanaan tindakan susulan yang dirancang akan terus meningkatkan kecekapan KTDi serta memenuhi keperluan pihak berkepentingan.

Sumber daripada Jabatan Audit dan Kualiti