Pada 18 Februari 2025, Maybank melancarkan inisiatif baru dengan mengadakan program pembukaan akaun di kolej-kolej sekitar Kota Bharu. Program ini bertujuan untuk memudahkan pelajar institusi pengajian tinggi membuka akaun bank, dengan proses yang cepat dan mudah, sekaligus memudahkan mereka dalam pengurusan kewangan semasa pengajian.
Program ini menerima sambutan hangat daripada para pelajar yang ingin membuka akaun Maybank. Selain kemudahan dalam pembukaan akaun, pelajar juga diberikan peluang untuk mendapatkan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan Maybank yang sesuai dengan keperluan mereka.

Mereka yang berminat untuk membuka akaun, pelajar hanya perlu menyediakan dokumen seperti Kad Pengenalan dan hanya sediakan RM10 sahaja.
Kemudahan Pembukaan Akaun: Pelajar kini boleh membuka akaun Maybank secara dalam talian melalui aplikasi MAE by Maybank2u, selain berpeluang berurusan di cawangan Maybank terdekat. Proses dalam talian membolehkan pelajar mengimbas dokumen pengenalan diri dan mengambil gambar swafoto untuk pengesahan identiti, menjadikan pengalaman ini lebih mudah dan efisien.
Program ini merupakan langkah positif dalam memastikan para pelajar dapat menguruskan kewangan mereka dengan lebih mudah, terutamanya bagi mereka yang baru mula menceburi alam universiti atau kolej.

Sumber daripada Jabatan Pendaftar