• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Wakil KTD Hadiri Bengkel Sistem SAIMS di UTM Kuala Lumpur

Search Courses

Wakil KTD Hadiri Bengkel Sistem SAIMS di UTM Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 20 Februari 2025 – Pusat Pengajian Kerjasama SPACE Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Bengkel Sistem SPACE Academic Information Management System (SAIMS) bagi Institusi Rakan Kerjasama UTM. Bengkel ini diadakan di Dewan Banquet, Aras 1, Dewan Tan Sri Ainuddin, UTM Kuala Lumpur dan dihadiri oleh pengurusan akademik daripada semua kolej kerjasama , termasuk Kolej Teknologi Darulnaim (KTD).
Bengkel dimulakan dengan sesi pendaftaran diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada pihak penganjur. Sesi seterusnya merangkumi penerangan menyeluruh mengenai sistem SAIMS, termasuk modul pendaftaran yang memainkan peranan penting dalam pengurusan data pelajar.

Peserta diberi peluang untuk mencuba sendiri sistem SAIMS dan memahami dengan lebih mendalam fungsi-fungsi utama sistem. 
Dengan penerapan teknologi dalam pengurusan sistem akademik, KTD berupaya meningkatkan kecekapan proses penilaian kursus dan program, memastikan pemantauan lebih sistematik, serta mempercepatkan akses kepada data akademik yang lebih tepat dan komprehensif.

Sumber daripada Jabatan Hal Ehwal Akademik