Kota Bharu, 20 Februari 2025 – Jabatan Pendaftar Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah menganjurkan program gotong-royong stor di sekitar kawasan kampus KTD. Program ini bertujuan untuk mengasingkan barangan yang tidak digunakan bagi tujuan pelupusan, jual beli barang terpakai, serta menghantar barangan elektronik yang rosak ke pusat e-waste.
Gotong-royong ini melibatkan penyertaan kakitangan dari jabatan Pendaftar yang berganding bahu dalam mengemas dan menyusun stor yang telah dipenuhi dengan barangan lama dan tidak lagi digunakan. Terdapat 4 stor termasuk stor ICT yang telah dibersihkan. Barangan seperti perabot rosak, dokumen lama, serta peralatan elektronik usang telah dikenal pasti untuk tindakan seterusnya.

Menurut Pendaftar KTD, Puan Malinda Ulfah Binti Ariffin, program ini bukan sahaja dapat memastikan stor lebih teratur dan kemas, tetapi juga menyumbang kepada amalan kitar semula dan kelestarian alam sekitar. “Kami mengambil inisiatif untuk menguruskan barangan terpakai dengan lebih sistematik. Barangan yang masih boleh digunakan akan dijual semula, manakala barangan elektronik yang sudah rosak akan dihantar ke pusat e-waste bagi memastikan pelupusan yang selamat dan mesra alam,” katanya.

Selain itu, program ini juga diharap dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan kakitangan serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan sisa secara bertanggungjawab. Pelaksanaan aktiviti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua ruang penyimpanan di kolej berada dalam keadaan baik dan teratur.
Pihak pengurusan KTD turut menyeru semua kakitangan untuk terus mengamalkan pengurusan barangan secara bijak dan sistematik agar ruang kerja lebih selesa serta dapat meningkatkan produktiviti.
Pihak pengurusan KTD turut menyeru semua kakitangan untuk terus mengamalkan pengurusan barangan secara bijak dan sistematik agar ruang kerja lebih selesa serta dapat meningkatkan produktiviti.
Sumber daripada Jabatan Pendaftar