Kota Bharu, 27 Februari 2025 – Jabatan Audit dan Kualiti (JADK) telah mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Akademik HEA (Jaminan dan Pematuhan Kualiti) untuk memastikan Borang M dapat disiapkan dan dihantar ke MQA untuk pengambilan pelajar Semester 1 Sesi 2025/2026.
Perubahan struktur kurikulum dan tempoh pengajian program kerjasama UTM disingkatkan daripada 3 tahun kepada 2 tahun setengah yang melibatkan Diploma Sains Komputer dan Diploma Pengurusan Harta Tanah. Manakala Diploma Pengurusan Teknologi dan Diploma Perakaunan, tempoh pengajian disingkatkan kepada 2 tahun sahaja .

Diharapkan dengan tempoh pengajian yang singkat ini akan dapat menarik lebih ramai pelajar lepasan SPM untuk mendaftar di KTD.
Sumber daripada Jabatan Audit dan Kualiti