• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Mesyuarat Penyelarasan Karnival KO akademik IPS Menengah Haluan 2025

Search Courses

meeting program KO-akademik IPS
Sebagai persediaan awal, satu mesyuarat dalam talian telah diadakan pada 3 Mac 2025 bagi membincangkan aspek penganjuran program, termasuk pertandingan yang akan diadakan.  Jangkaan Julai 2025 – Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dengan kerjasama Institusi Pendidikan Swasta (IPS) akan menganjurkan Karnival Ko-Akademik IPS Menengah HALUAN 2025. Program ini bertujuan memberi nilai tambah kepada markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) pelajar IPS serta membuka peluang bagi mereka untuk menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan.
Selain itu, program ini juga bertindak sebagai platform memperkenalkan KTD kepada pelajar IPS sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi pilihan mereka selepas tamat persekolahan. Sehubungan itu, pihak KTD akan turut mengadakan Karnival Kerjaya bagi menarik minat pelajar untuk meneruskan pengajian mereka di KTD.

Objektif Program:
✅ Menjalin hubungan erat antara IPS dan KTD.
✅ Mendedahkan murid tingkatan lima kepada peluang pendidikan tinggi di KTD.
✅ Mencungkil bakat baharu dalam bidang kepimpinan dan dakwah.

Acara yang Dipertandingkan:
🏆 Debat Piala Presiden HALUAN Malaysia
🎤 Pidato (Bahasa Melayu & Inggeris)
🎭 Pantun Tarbawi
📖 Pertandingan Hafazan Al-Quran
🎼 Pertandingan Kebudayaan (Nasyid, Sajak, Syair Arab)

Dijangka akan disertai oleh pelajar IPS menengah seluruh Malaysia, program ini bukan sahaja mencungkil bakat dalam bidang akademik dan kokurikulum, malah turut membentuk pemimpin masa depan yang berkemahiran dalam berhujah, berdebat, serta rundingan – kemahiran yang semakin kritikal dalam dunia masa kini.

Pihak KTD berharap dapat menyediakan kemudahan terbaik untuk peserta dan penyokong yang hadir serta memastikan program ini berjalan dengan lancar. Dengan adanya program ini, pelajar IPS akan mendapat pendedahan lebih luas dalam bidang akademik dan kokurikulum serta berpeluang memperoleh sijil PAJSK peringkat kebangsaan.

Nantikan karnival ini pada Julai 2025 di KTD Pengkalan Chepa! Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, sila hubungi pihak urusetia KTD.

Sumber daripada Jabatan Pengambilan Pelajar