• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Perbincangan Pengisian Borang M Untuk Pindaan Struktur Dan Tempoh Pengajian Bagi Program Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Search Courses

Pengisian Borang M Untuk Pindaan Struktur Dan Tempoh Pengajian Bagi Program Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Kota Bharu, 27 Februari 2025 – Jabatan Audit dan Kualiti (JADK) telah mengadakan perbincangan dengan  Jawatankuasa Akademik HEA (Jaminan dan Pematuhan Kualiti) untuk memastikan Borang M dapat disiapkan dan dihantar ke MQA untuk pengambilan pelajar Semester 1 Sesi 2025/2026.

Perubahan struktur kurikulum dan tempoh pengajian program kerjasama UTM disingkatkan daripada 3 tahun kepada 2 tahun setengah yang melibatkan Diploma Sains Komputer dan Diploma Pengurusan Harta Tanah. Manakala Diploma Pengurusan Teknologi dan Diploma Perakaunan, tempoh pengajian disingkatkan kepada 2 tahun sahaja .
Diharapkan dengan tempoh pengajian yang singkat ini akan dapat menarik lebih ramai pelajar lepasan SPM untuk mendaftar di KTD.

Sumber daripada Jabatan Audit dan Kualiti