KOTA BHARU, 6 Mac 2025 – Unit Aset Jabatan Kewangan, Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah dan sedang melaksanakan kerja- kerja melabel aset di kampus untuk memberi penandaan atau identifikasi yang jelas terhadap aset yang terdapat di Kolej Teknologi Darulnaim. Kerja- kerja ini melibatkan semua aset yang terdapat di semua lokasi kampus.
Tujuan kerja melabel ini adalah untuk memudahkan proses pengesanan dan pengurusan aset secara berkesan. Dengan ini membolehkan kerja memantau pergerakan dan keadaan aset dari masa ke masa dibuat dengan tepat. Label yang disertakan dengan nombor siri dan QR kod dapat membantu dalam merancang aktiviti penyelenggaraan atau pembaikan bagi aset tersebut.
Selain itu, aset yang dilabel memudahkan kerja- kerja mengurus inventori dengan lebih efisien, memastikan aset yang diperlukan tersedia dan dalam keadaan baik.

Kerja melabel aset juga penting untuk tujuan pematuhan dengan standard atau peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Ia juga memudahkan audit untuk memastikan semua aset didaftarkan dan diawasi dengan betul.
Dari segi keselamatan, dalam beberapa kes, aset yang dilabel boleh merujuk kepada objek yang penting atau berisiko tinggi. Melabelkan aset tersebut dapat meningkatkan tahap keselamatan dan kesedaran.
Dengan melaksanakan kerja melabel aset dengan betul, KTD akan mendapat manfaat dari segi pengurusan aset yang lebih baik, ketelusan dalam inventori, dan pematuhan yang lebih tinggi terhadap peraturan.

Sumber daripada Jabatan Kewangan