• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Ketua Eksekutif Sampaikan Amanat Kepada Staf Baharu

Search Courses

Kota Bharu, 21 April 2025 – Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Darulnaim, Dr Nik Kamaruzaman bin Hj Abdullatiff telah menyampaikan amanat khas kepada staf baharu dalam satu sesi taklimat yang berlangsung di bilik beliau.

Sesi yang dihadiri oleh staf baharu itu bertujuan untuk memperkenalkan hala tuju organisasi serta memupuk semangat dan pemahaman awal mengenai budaya kerja di KTD. Dalam amanatnya, Ketua Eksekutif menekankan kepentingan nilai integriti, profesionalisme, dan semangat kerja berpasukan sebagai teras kejayaan organisasi.
Beliau turut menyeru agar semua staf baharu sentiasa bersikap terbuka, rajin menimba ilmu, dan berani mencabar diri untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar tanda penghargaan.

Sumber daripada Jabatan Pendaftar