• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Lawatan Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh Program DQS dan DSY

Search Courses

KOTA BHARU, 13-14 APRIL 2025 – Lawatan penilaian pematuhan telah dilaksanakan oleh panel penilai dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ke atas dua program utama iaitu Program Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah serta Diploma Syariah yang ditawarkan oleh Kolej Teknologi Darulnaim (KTD).
Lawatan ini bertujuan untuk menilai sejauh mana kedua-dua program mematuhi standard dan kriteria yang ditetapkan dalam usaha mengekalkan akreditasi penuh daripada pihak MQA. Antara perkara yang dinilai termasuk struktur kurikulum, pencapaian pelajar, kecekapan tenaga pengajar, pengurusan program, serta kemudahan sokongan yang disediakan oleh institusi.

Panel penilai, YBrs. Prof. Madya To’ Puan Dr. Nizaita Omar bersama pegawai MQA iaitu Puan Noor Shazrina Binti Sarif dan Puan Nurul Asyikin binti Tajudin telah mengadakan pelbagai sesi bersama pihak pengurusan tertinggi, penyelaras program, pensyarah serta pelajar semasa bagi mendapatkan gambaran menyeluruh terhadap pelaksanaan dan impak program. Lawatan ke fasiliti seperti bilik kuliah, perpustakaan, serta bilik kebal turut dilakukan bagi tujuan pengesahan fizikal dan sokongan prasarana.
Pihak institusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada panel penilai, pegawai MQA dan semua warga kerja yang terlibat dalam menjayakan sesi lawatan ini. Diharapkan hasil lawatan ini akan membawa kepada pematuhan akreditasi penuh, seterusnya memperkukuh kualiti serta penambahbaikan program yang ditawarkan.
Sumber daripada Jabatan Audit dan Kualiti