• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Ziarah Raya – Eratkan Ukhuwah Komuniti Kolej

Search Courses

PENGKALAN CHEPA, 09 April – Dalam suasana Aidilfitri yang masih hangat dirasai, beberapa staf Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah mengambil inisiatif menyantuni pengusaha kafe KTD dalam satu kunjungan mesra sambil beraya, baru-baru ini.

Kunjungan tersebut bukan sahaja bertujuan untuk meraikan Hari Raya bersama, malah menjadi platform mengeratkan hubungan sesama warga KTD, memandangkan pengusaha kafe itu juga merupakan sebahagian daripada komuniti kolej di samping beliau baru sahaja menimbang cucu pertama.
Menurut wakil rombongan staf, program ini merupakan salah satu usaha memperkukuh semangat kekeluargaan dan menghargai sumbangan semua pihak yang terlibat dalam kelangsungan operasi kolej.
Pengusaha kafe tersebut turut melahirkan rasa terharu atas keprihatinan dan sokongan yang ditunjukkan oleh pihak kolej.

Kunjungan beraya ini diserikan dengan jamuan ringan, pertukaran cerita raya serta sesi bergambar yang mencerminkan keakraban dan suasana penuh kemesraan
Dengan penganjuran aktiviti sebegini, KTD sekali lagi membuktikan komitmennya dalam membina komuniti kampus yang harmoni dan inklusif, di mana setiap warganya dihargai dan diraikan.
Sumber daripada Jabatan Pendaftar