• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Persediaan Menyeluruh Jabatan Pendaftar Sempena Lawatan MQA

Search Courses

Kota Bharu, 10 April 2025 – Jabatan Pendaftar Kolej Teknologi Darulnaim telah melaksanakan persediaan rapi dan menyeluruh bagi menyambut lawatan panel penilai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang berlangsung selama dua hari bermula 13 hingga 14 April 2025.

Sebagai antara jabatan yang memainkan peranan penting dalam proses penilaian akreditasi, Jabatan Pendaftar bertanggungjawab menyediakan semua dokumen sokongan berkaitan tadbir urus, struktur organisasi, pengurusan sumber manusia, serta rekod staf akademik dan pentadbiran kolej.

Selain penyediaan dokumentasi, aspek kebersihan dan kekemasan kawasan sekitar pejabat serta persekitaran terlibat juga diberi perhatian khusus. Semua kerja pembersihan dan penyusunan semula ruang melibatkan staf Jabatan Pendaftar sendiri yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan suasana yang kemas dan profesional semasa lawatan berlangsung.
Usaha ini mencerminkan tahap kesediaan dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga jabatan, selaras dengan matlamat kolej untuk mengekalkan standard kualiti pendidikan tinggi yang cemerlang.
Jabatan Pendaftar mengucapkan terima kasih kepada semua warga jabatan atas dedikasi dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh persiapan. Diharapkan lawatan ini akan memberi maklum balas yang positif serta menyumbang kepada peningkatan berterusan mutu pengurusan institusi.

Sumber daripada Jabatan Pendaftar