• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Mesyuarat Penyediaan Maklumat Tambahan Bagi Lawatan Audit Pematuhan DQS dan DSY

Search Courses

MQA KTD

6 APRIL 2025, Bilik Mesyuarat 1 – Satu mesyuarat penyediaan maklumat tambahan telah diadakan bersama staf Jabatan Audit dan Kualiti (JADK), Jawatankuasa Jaminan dan Pematuhan Kualiti, Jabatan Hal Ehwal Akademik(JHEA) serta para pensyarah yang terlibat bagi membincangkan dan menyelaras keperluan maklumat susulan yang dikenalpasti selepas Mesyuarat Penyelarasan Dalaman MQA. Mesyuarat ini bertujuan untuk memastikan semua pihak berkaitan memahami keperluan maklumat tambahan yang perlu disediakan serta memuktamadkan tanggungjawab pengumpulan data dan dokumentasi berkaitan.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk:

– Penjelasan terhadap dapatan yang dikemukakan oleh MQA semasa mesyuarat dalaman penyelarasan.

– Penyediaan maklumat tambahan yang perlu diselaraskan dengan dokumen sokongan berkaitan.

– Tarikh akhir penyerahan maklumat kepada pihak Jabatan Audit Dan Kualiti (JADK).

– Agihan tugas kepada setiap jabatan/unit terlibat.


Mesyuarat turut menekankan kepentingan ketepatan dan keselarasan maklumat yang akan dikemukakan kepada pihak MQA bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap keperluan penilaian akreditasi/program yang akan dijalankan pada 13 hingga 14 April 2025.

Sumber daripada Jabatan Audit dan Kualiti