• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Program Derma Darah

Search Courses

derma darah di ktd
06 Mei 2025 – Kolej Teknologi Darulnaim sekali lagi membuktikan keprihatinannya terhadap isu kebajikan masyarakat apabila berjaya menganjurkan Program Derma Darah dengan kerjasama Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu, pada 06 Mei lalu.

Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang di Medan Utama kolej itu berjaya mengumpulkan lebih dari 10 beg darah, hasil sumbangan ikhlas pelajar, pensyarah dan staf sokongan.
Pendaftar Kolej, Pn. Malinda Ulfah, berkata program ini bukan sahaja membantu menambah stok darah di hospital, malah mendidik pelajar tentang pentingnya semangat kesukarelawanan.

Program tersebut turut disertai lebih 10 kakitangan perubatan daripada HRPZII, yang menjalankan proses pemeriksaan kesihatan sebelum pendermaan dilakukan.

Pn. Malinda turut mengumumkan bahawa pihak kolej merancang menjadikan program derma darah sebagai acara tetap setiap semester bagi menyemai budaya prihatin dalam kalangan warga kolej.
Sumber daripada Jabatan Pendaftar