Kota Bharu, 18 Mei 2025 – Sebuah program keselamatan pencegahan kebakaran telah berjaya dianjurkan di Kolej Teknologi Darulnaim hari ini dengan kerjasama Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur, bertujuan meningkatkan kesedaran staf terhadap bahaya kebakaran serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil.
Program ini telah melibatkan penyertaan semua kakitangan kolej dan telah dimulakan dengan taklimat keselamatan oleh wakil Pertubuhan Pencegah Kebakaran. Para peserta didedahkan kepada punca-punca utama kebakaran, kaedah pencegahan awal, dan kepentingan bertindak pantas ketika berlaku kecemasan.

Antara aktiviti utama dalam program ini ialah demonstrasi penggunaan alat pemadam api. Program ini amat penting dalam membina kesedaran staf tentang peranan mereka dalam mencegah kemalangan kebakaran di tempat kerja.
Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab interaktif antara peserta dan penceramah, yang menunjukkan sambutan positif dan minat tinggi dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan terhadap kebakaran.

Sumber daripada Jabatan Pendaftar