• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Pemeriksaan Berkala Alat Pemadam Api Keselamatan KTD

Search Courses

Kota Bharu – 20 Mei 2025 | Bagi memastikan tahap keselamatan kebakaran di kampus terus berada pada tahap terbaik, pihak pengurusan kolej menjalankan semakan dan penyelenggaraan berkala terhadap semua tong alat pemadam api yang terdapat di Kolej.

Langkah ini dilaksanakan selaras dengan arahan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui sistem Electronic Fire Extinguisher Inspection System (eFEIS), yang mewajibkan semua alat pemadam api diperiksa dan diperakui setiap tahun.
Proses pemeriksaan melibatkan kerjasama rapat dengan kontraktor bertauliah yang berdaftar dengan sistem eFEIS, di mana setiap alat yang telah lulus pemeriksaan akan dilabel dengan pelekat kod QR sebagai pengganti sijil H13. Melalui kod ini, status alat pemadam api boleh disemak oleh pihak berkuasa dan pengguna.

Pihak pengurusan kolej turut mengingatkan semua warga kampus agar tidak menyalahgunakan atau mengalihkan alat pemadam api daripada lokasi asalnya kerana tindakan tersebut boleh menjejaskan keberkesanan pelan tindak balas kecemasan.

Langkah proaktif ini dilihat sebagai satu keperluan penting dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif, selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan risiko kebakaran di institusi pengajian tinggi.

Sumber daripada Jabatan Pendaftar