19 Mei 2025 – Albukhary International University (AIU) telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dalam usaha mewujudkan jalinan kerjasama strategik yang bakal membuka peluang pendidikan tinggi kepada para pelajar KTD.
Lawatan ini diketuai oleh wakil AIU, yang turut disertai oleh beberapa pegawai akademik dan pentadbiran. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk membincangkan potensi kerjasama dalam bidang pendidikan, khususnya tawaran laluan khas kemasukan pelajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di AIU.
Melalui kerjasama ini, para pelajar yang menamatkan pengajian di peringkat diploma di KTD berpeluang melanjutkan pelajaran ke AIU menerusi saluran kemasukan khas, tertakluk kepada syarat kelayakan yang telah dipersetujui bersama. Langkah ini diharap dapat memperluaskan akses pendidikan tinggi kepada pelajar dari pelbagai latar belakang, sejajar dengan misi AIU untuk menyediakan pendidikan berkualiti tanpa mengira status sosioekonomi.

Kerjasama ini adalah satu peluang yang sangat bermakna, bukan sahaja untuk pelajar KTD, tetapi juga dalam membina jaringan pendidikan yang inklusif dan progresif. Pihak AIU juga turut berkongsi maklumat berkaitan program-program ijazah yang ditawarkan.
Kerjasama yang bakal dimeterai ini dijangka memberi manfaat besar kepada pelajar dan menjadi asas kepada hubungan strategik jangka panjang antara AIU dan KTD.

Sumber daripada Jabatan Pendaftar