• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Staf KTD Turun Padang, Siap Sedia Sambut Pelajar Baharu

Search Courses

gotong royong ktd 2025
26 Jun 2025 – Menjelang ketibaan pelajar baharu bagi sesi akademik Semester 1  2025/2026, warga kerja Kolej Teknologi Darulnaim telah mengadakan program gotong-royong yang melibatkan penyertaan penuh daripada semua staf pentadbiran dan akademik.

Program yang dijalankan pada pagi Khamis itu bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang bersih, selesa dan kondusif bagi menerima pelajar baharu yang akan mendaftar pada hari Sabtu nanti. Aktiviti gotong-royong bermula seawal jam 9.00 pagi dengan pembahagian tugas mengikut tempat, antaranya kawasan medan, laluan utama dan dewan besar. 
Walaupun tugas harian sudah sedia padat, semua staf sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program ini demi memastikan segala persiapan rapi menjelang hari pendaftaran. Ini mencerminkan semangat kebersamaan yang tinggi dalam kalangan warga kolej.

Persekitaran yang kemas dan teratur akan memberikan tanggapan positif kepada pelajar dan ibu bapa yang hadir semasa hari pendaftaran nanti.

Sumber daripada Jabatan Pendaftar