Kota Bharu, 12 Julai 2025 – Suasana ceria dan penuh semangat jelas terpancar apabila seluruh staf KTD berganding bahu dalam aktiviti gotong-royong memindahkan perabot ke ruang pejabat yang baharu pada pagi Sabtu, 12 Julai 2025.
Aktiviti ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha penataan semula ruang kerja bagi mewujudkan suasana yang lebih teratur, selesa dan produktif. Meja, kerusi, almari dokumen, serta peralatan dipindahkan bersama-sama oleh staf dari pelbagai bahagian dengan semangat kerjasama yang tinggi.

Walaupun terdapat perabot yang besar dan berat, semua tugas dilaksanakan dengan lancar hasil daripada semangat kerja berpasukan. Staf wanita juga memainkan peranan penting, membantu memindahkan barang ringan.
Gotong-royong ini bukan sahaja memperlihatkan kecekapan dan kerjasama erat warga KTD, malah mengukuhkan budaya kerja berasaskan perpaduan dan rasa tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik.

Sumber daripada Jabatan Pendaftar