26 Julai 2025, Kota Bharu – Suasana penuh semangat dan keterujaan menyelubungi pekarangan Asrama Kediaman Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) hari ini apabila pelajar baharu hadir bagi mendaftar masuk ke asrama sempena pembukaan sesi pengajian Semester 1, 2025/2026.
Seawal jam 8.30 pagi, para pelajar bersama ahli keluarga masing-masing mula tiba untuk menjalani proses pendaftaran yang berjalan lancar dengan sokongan daripada kakitangan kolej yang bertugas.
Pihak KTD menyambut kedatangan pelajar baharu dengan penuh mesra, sekali gus menzahirkan komitmen dalam memastikan kebajikan pelajar dijaga sejak hari pertama mereka melangkah ke kampus. Pelajar yang hadir terdiri daripada pelbagai negeri di seluruh Malaysia, mencerminkan kepelbagaian dan daya tarikan program pengajian yang ditawarkan oleh KTD.




KTD terus komited dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah seimbang dari segi sahsiah dan rohani, sejajar dengan matlamat pendidikan berteraskan nilai Islam yang menjadi tunjang kolej ini.
