• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Majlis Penghargaan & Perpisahan, Warga KTD Ucapkan Terima Kasih Atas Jasa Dan Dedikasi

Search Courses

majlis perpisahan Ustaz Khairol
29 Julai 2025, Kota Bharu – Warga Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Mohd Khairol bin Mokhtar, salah seorang tenaga pengajar yang berdedikasi, sempena Majlis Penghargaan yang diadakan khas bagi meraikan perpindahan beliau ke tempat kerja baharu.

Majlis yang berlangsung di Jabatan Pendaftar itu dihadiri oleh barisan pengurusan, pensyarah dan staf pentadbiran. Suasana majlis dipenuhi dengan rasa hiba dan bangga apabila Ustaz Khairol diraikan atas segala jasa dan sumbangannya sepanjang berkhidmat di KTD.

Menurut Ketua Eksekutif, Dr Nik Kamaruzaman bin Hj Abdullatiff, pemergian Ustaz Khairol merupakan satu kehilangan besar buat kolej, namun seluruh warga KTD mendoakan agar beliau terus cemerlang di tempat baharu.
Dalam ucapan perpisahannya, Ustaz Khairol mengungkapkan rasa syukur dan penghargaan atas peluang berkhidmat di KTD serta hubungan erat yang terjalin bersama rakan-rakan sekerja dan para pelajar.
Majlis turut diserikan penyampaian cenderamata oleh pihak kolej, serta sesi bergambar dan jamuan ringan.

Ustaz Khairol akan memulakan tugas baharu di sebuah institusi pendidikan lain, menandakan permulaan fasa baharu dalam kerjaya beliau.

Sumber daripada Jabatan Pendaftar