• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Sesi Pengenalan Jabatan Pendaftar KTD Santuni Pelajar Baharu Semester 1 2025/2026

Search Courses

sesi pengenalan jabatan pendaftar
KOTA BHARU, 06 Ogos 2025 – Jabatan Pendaftar Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah mengadakan satu sesi pengenalan khas kepada pelajar baharu bagi Semester 1 Sesi Akademik 2025/2026 bertempat di Dewan Besar KTD. Program ini merupakan sebahagian daripada Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu yang berlangsung selama seminggu bermula 03 Ogos 2025.

Sesi pengenalan ini bertujuan untuk memperkenalkan fungsi, peranan serta struktur organisasi Jabatan Pendaftar kepada para pelajar baharu, di samping memberi pendedahan awal mengenai prosedur dan perkhidmatan berkaitan urusan akademik, rekod pelajar, dan hal ehwal pentadbiran kolej.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Pendaftar KTD, Puan Malinda Ulfah binti Ariffin yang menyampaikan ucapan alu-aluan serta berkongsi aspirasi pihak pengurusan dalam membentuk pelajar berilmu, berdisiplin dan berakhlak mulia.
Selain itu, pegawai-pegawai dari Jabatan Pendaftar turut memberikan penerangan lanjut berkaitan peranan masing-masing di Jabatan Pendaftar.

Para pelajar juga diberi ruang untuk bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan secara langsung, yang rata-ratanya melibatkan isu pendaftaran, penginapan, serta pengurusan kad matrik.

Pihak kolej berharap sesi pengenalan ini dapat membantu pelajar menyesuaikan diri dengan lebih cepat dan berkesan dalam suasana pembelajaran baharu, selaras dengan misi KTD untuk melahirkan graduan berkualiti.
Sumber daripada Jabatan Pendaftar