Villa Barakah, 5 Ogos 2025 – Bagi memperkukuh budaya komunikasi berkesan serta meningkatkan semangat kerjasama dalam organisasi, satu program iaitu Modul Asas Perhubungan Interaksi Komunikasi telah dianjurkan pada Selasa, 5 Ogos 2025, bertempat di Villa Barakah. Program ini melibatkan penyertaan staf Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dan juga ahli HALUANITA, sayap wanita HALUAN.
Program bermula seawal jam 9.00 pagi dengan ketibaan peserta, diikuti sesi minum pagi yang memberi peluang kepada staf KTD dan HALUANIITA untuk berinteraksi secara santai. Sesi seterusnya dimulakan dengan ucapan aluan oleh dua orang Pengarah program.

Sesi utama diteruskan dengan Latihan Dalam Kelompok yang merangkumi pelbagai aktiviti. Aktiviti ini membuka ruang kepada semua untuk lebih memahami gaya komunikasi masing-masing, membina keyakinan diri, serta belajar menangani perbezaan pendapat secara harmoni.
Tazkirah ringkas yang disampaikan selepas itu memberi nilai tambah kepada program, dengan penekanan kepada adab dalam perhubungan dan kepentingan komunikasi berlandaskan akhlak Islam. Peserta kelihatan memberikan tumpuan dan menunjukkan minat mendalam terhadap pengisian yang bersifat spiritual ini.

Program ditutup dengan jamuan makan tengah hari sebelum semua bersurai pada jam satu petang. Sepanjang program, suasana harmoni dan semangat ukhuwah jelas terpancar dalam kalangan peserta. Program ini berjaya mencapai objektifnya dalam menyemai budaya komunikasi berkesan dan meningkatkan kesefahaman antara staf KTD dan HALUANITA.

Sumber daripada Jabatan Pendaftar