Pada 13 November 2025, Persatuan AIMS (Association of Information Technology & Multimedia Students) telah menganjurkan NEOcreators Day bertempat di DKA dan DKB, Kolej Teknologi Darulnaim. Program yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini menghimpunkan kreativiti, inovasi, dan idea baharu daripada para pelajar dalam bidang teknologi serta multimedia.
NEOcreators Day menampilkan pelbagai pengisian seperti presentation projek, pameran hasil kreatif, serta gaming booth yang memberi peluang kepada pelajar mengetengahkan bakat serta kemahiran masing-masing dalam bidang reka bentuk digital, pembangunan multimedia dan solusi berasaskan teknologi.

Dalam sesi penjurian, program ini turut melibatkan alumni KTD daripada Diploma Rekabentuk Multimedia (DMD) dan Diploma Sains Komputer (DDWD) yang kembali menyumbang kepakaran sebagai panel penilai. Selain itu, seorang juri jemputan iaitu Pegawai Teknologi Maklumat, Pusat Komputeran dan Informatik UMK Bachok, Ts. Siti Hajar binti Alaf Din turut hadir bagi memberikan penilaian profesional serta pandangan industri untuk hasil kerja para pelajar.
Penganjuran program ini bertujuan memupuk pemikiran inovatif, menggalakkan kreativiti pelajar, serta menyediakan platform untuk mereka membentangkan idea dan projek berimpak tinggi dalam suasana yang lebih profesional. Program ini juga berjaya menonjolkan potensi pelajar AIMS dalam menghasilkan karya digital dan teknologi kreatif, sekali gus menjadikan NEOcreators Day sebagai acara tahunan yang signifikan dalam memartabatkan bakat serta inovasi pelajar KTD.

Sumber daripada Jabatan Hal Ehwal Akademik