KOTA BHARU, 𝟭 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), teroka peluang jaringan kerjasama akademik melalui satu sesi pertemuan bersama Fakulti Sains Data dan Komputeran, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Delegasi UMK diwakili oleh Dr. Fakhitah Binti Ridzuan (Ketua Jabatan Fakulti Sains Data dan Komputeran) dan Prof. Madya Ts. Dr. Hasyiya Karimah Binti Adli.
Pertemuan ini bertujuan membincangkan beberapa inisiatif kerjasama strategik yang berpotensi memberi manfaat kepada pelajar KTD, termasuk perkongsian kepakaran, pembangunan akademik, pelaksanaan program bersama serta pendedahan kepada perkembangan teknologi dan keperluan industri semasa.

Selain itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai cadangan pembangunan program diploma baharu dalam bidang Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI). Inisiatif ini dilihat sejajar dengan perkembangan pesat teknologi digital serta keperluan industri terhadap tenaga kerja yang mempunyai kemahiran dalam bidang kecerdasan buatan.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen KTD dan UMK dalam memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan tinggi serta membuka lebih banyak ruang kolaborasi yang mampu meningkatkan kualiti pendidikan dan kebolehpasaran graduan.

KTD merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Fakulti Sains Data dan Komputeran, UMK atas kesudian dan kerjasama sepanjang sesi pertemuan ini. Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada kedua-dua institusi, khususnya dalam melahirkan graduan yang kompeten, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran dunia teknologi masa hadapan.
Sumber daripada Hal Ehwal Akademik