KOTA BHARU, 9 Ogos 2026 – Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) menganjurkan Bengkel Penataran Kurikulum Prasekolah 2026 selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Ogos 2026 bertempat di Dewan Utama, Kolej Teknologi Darulnaim.
Program yang melibatkan 180 pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK) serta empat pensyarah itu bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berkaitan pelaksanaan Kurikulum Prasekolah 2026 (KP2026), khususnya dari aspek kandungan kurikulum, strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP), pengurusan aktiviti pembelajaran serta pentaksiran perkembangan murid.
Bengkel tersebut turut mendapat penglibatan jurulatih daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Sektor Swasta bagi memberikan pendedahan dan bimbingan kepada peserta sepanjang program.

Antara bidang pembelajaran yang didedahkan merangkumi bahasa dan literasi, sosioemosi, kreativiti, kognitif, kerohanian, nilai dan kewarganegaraan serta perkembangan fizikal.
Selain itu, peserta turut mengikuti sesi berkaitan pelaksanaan aktiviti berasaskan tema, projek dan pusat pembelajaran, penyediaan jadual waktu, Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), pengurusan waktu rehat serta kaedah pentaksiran prasekolah.
Bengkel ini bukan sahaja menjadi platform pengukuhan ilmu berkaitan kurikulum, malah memberi ruang kepada pelajar meningkatkan kemahiran profesional sebagai persediaan untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam persekitaran TASKA dan TADIKA.

Majlis penutupan bengkel disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Darulnaim, Dr Nik Kamaruzaman bin Haji Abdullatiff. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan ucapan penutup serta memberikan sokongan terhadap usaha memperkasa pendidikan awal kanak-kanak melalui penguasaan kurikulum dan pedagogi yang berkualiti.
Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat melahirkan bakal pendidik awal kanak-kanak yang kompeten, berpengetahuan, berkemahiran dan profesional, sekali gus mampu menyediakan pendidikan berkualiti yang berpusatkan kanak-kanak selaras dengan keperluan pendidikan masa kini.

Sumber daripada Hal Ehwal Akademik