.
KOTA BHARU, 12 Jun 2024 – Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Khas Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) hari ini.
.
Kunjungan ringkas ini diketuai oleh Pengerusi Kolej Teknologi Darulnaim, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman, dan barisan Ahli Lembaga Pengarah KTD. Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk membincangkan peluang-peluang kerjasama yang dapat diadakan antara KTD dan Permodalan Kelantan Berhad (PKB) di masa akan datang.
.
Dr. Abdullah Sudin menyatakan bahawa kunjungan ini adalah satu langkah penting dalam usaha memperkukuhkan hubungan antara KTD dan PKB. Beliau berharap agar kerjasama yang dibincangkan dapat direalisasikan dalam masa terdekat dan memberi manfaat yang besar kepada kedua-dua pihak.
.
Pertemuan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan pertukaran cenderahati sebagai tanda penghargaan dan permulaan yang baik bagi kerjasama masa depan.




