• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Perjumpaan Ketua Eksekutif bersama staf KTD

Search Courses

Pada 10 Jun 2024, Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Darulnaim, Dr. Nik Kamaruzaman bin Hj Abdulatiff, telah mengadakan perjumpaan bersama para staf kolej untuk membincangkan halatuju kolej. Dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara utama telah dibincangkan termasuk strategi dan pelan tindakan bagi mencapai visi dan misi kolej.

Dr. Nik Kamaruzaman menekankan kepentingan kerjasama dan komitmen daripada semua staf dalam merealisasikan matlamat kolej. Beliau juga memberi beberapa nasihat yang berguna untuk para staf dalam usaha meningkatkan prestasi kerja dan kualiti pendidikan di kolej tersebut.

Dalam ucapanya, Dr. Nik Kamaruzaman menekankan bahawa kejayaan kolej adalah hasil usaha bersama dan setiap staf memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan tersebut. Beliau berharap dengan adanya komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi, Kolej Teknologi Darulnaim akan terus maju dan mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan.