• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Menyantuni Pelajar Semester Satu Bagi Pengisian Borang Kewangan

Search Courses

Menyantuni Pelajar Semester Satu Bagi Pengisian Borang Kewangan
KOTA BHARU, 11 Mac  2025 – Jabatan Kewangan Kolej Teknologi Darulnaim telah mengadakan sesi bersama beberapa pelajar semester satu bagi Sesi II 2024/2025 bagi proses pengisian borang-borang kewangan mengenai buku panduan kewangan pelajar dan juga boring-borang berkaitan. Sesi ini dikendalikan oleh Puan Hasliza Hussin, selaku staf di Jabatan Kewangan Kolej teknologi Darulnaim. 

Objektif utama sesi ini adalah untuk membantu pelajar bagi proses pengisian borang akujanji pelajar mengenai buku panduan kewangan pelajar  KTD yang memberi penerangan kepada pelajar tentang yuran pengajian pelajar dan struktur lain-lain yuran pelajar yang berkaitan.Puan Hasliza juga memberi pendedahan kepada para pelajar tentang makluman Tarikh penting bagi pembayaran yuran pengajian pelajar.
Dengan adanya sesi seperti ini, diharapkan pelajar akan lebih memahami struktur-struktur yuran pengajian pelajar di Kolej Teknologi Darulnaim.

Sumber daripada Jabatan Kewangan