• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

KTD Lancarkan Program Jelajah Sekolah 2025: Sasaran 20 Sekolah Tahun Ini!

Search Courses

Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) terus komited dalam usaha memperkenalkan peluang pendidikan berkualiti kepada pelajar sekolah menengah melalui Program Jelajah Sekolah 2025 yang bakal bermula tidak lama lagi!

Buat masa ini, Jabatan Pengambilan Pelajar KTD sedang giat berhubung dengan pihak sekolah bagi menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk pelaksanaan program ini. Setelah persetujuan dicapai, program jelajah ini dijadualkan bermula pada bulan April 2025.

Dengan sasaran 20 buah sekolah sepanjang tahun ini, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar SPM tentang peluang pengajian di KTD, keistimewaan program yang ditawarkan, serta laluan kerjaya selepas tamat pengajian.

Kami percaya bahawa dengan mendekati pelajar secara langsung di sekolah mereka, lebih ramai bakal pelajar akan mendapat gambaran jelas tentang kelebihan melanjutkan pengajian di KTD. Teruskan mengikuti perkembangan kami untuk maklumat terkini mengenai Program Jelajah Sekolah 2025!
#KTD #JelajahSekolah2025 #PeluangPendidikan #SPM2024

Sumber daripada Jabatan Pengambilan Pelajar