• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Pilihanraya Kampus 2025

Search Courses

pilihanraya kampus Kolej Teknologi Darulnaim
KOTA BHARU, 11 March 2025 –  Pilihanraya Kampus sesi 2024/2025 telah diadakan pada hari ini di Kampus Kolej Teknologi Darulnaim secara atas talian sepenuhnya. Pemilihan kaedah ini bagi menjimatkan masa, tenaga dan juga kewangan KTD yang sekarang ini beroperasi dengan jumlah pelajar aktif berjumlah 240 orang.  
Tujuan Pilihanraya Kampus ini diadakan adalah untuk memilih siswa/wi untuk berada dalam barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM).  MPM merupakan badan tertinggi yang menaungi keseluruhan persatuan dan kelab di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dan juga sebagai penghubung antara mahasiswa dengan pihak pentadbiran dan pentadbiran dengan mahasiswa.
Harapan pihak pentadbir terhadap MPM yang terpilih adalah agar mereka berkebolehan dari segi komunikasi, berorganisasi, dan membuktikan komitmen mereka dalam menjaga kebajikan mahasiswa yang lain. Kebolehan yang diharapkan ini bukan semata-mata untuk kejayaan di dunia sahaja tetapi merupakan saham untuk kembali kepadaNya. هبلومينالله وهبلومينناس , سيروا على بركة الله

Sumber daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar