• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Pesat Perdana Awal Sesi II 2024/2025

Search Courses

pesat perdana ktd
KOTA BHARU, 3 Feb 2025 – Pesat Perdana Awal sesi II 2024/2025 dirasmikan oleh Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Darulnaim, Dr Hj Nik Kamaruzaman Bin Hj Abdullatiff. Tema pada sesi ini adalah “Ngaji Panda, Prangai Jjuruh, Hidup Buleh Tupe”.   
Unit Pembangunan Insan memilih tajuk ini sesuai dengan awal semester dan hasrat pengurusan untuk meraikan pelajar cemerlang bagi sesi I 2024/2025. Menurut Dr Nik Kamaruzaman atau lebih dikenali sebagai Dr Nik K, seramai 146 orang pelajar menerima anugerah Ketua Eksekutif dan 2 pelajar menerima anugerah Dekan bagi program kerjasama UTM. Penerima anugerah ini diraikan dengan paparan nama di layar skrin dan dibaca oleh penyelaras program masing-masing. 

Sebagai seorang muslim, setiap perkara perlu dijadikan sebagai ibadah. Tanggungjawab seorang pelajar muslim adalah cemerlang akhlak dan akademik manakala sebagai seorang pekerja, cemerlang kerjanya dan akhlaknya. Semua ini akan terhasil melalui kesabaran dan usaha setiap muslim itu untuk melarutkan kerja-kerja Islam dalam kehidupannya. 

عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلاَقِ.

Abu Hurairah berkata, beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Aku hanya diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik.”

(H.R. Ahmad)
Selain pelancaran Pesat Perdana Awal, program hari ini di meriahkan dengan pelancaran Portal Pelajar, Pengumuman PRESTIJ dan juga Pilihanraya Kampus. Ketua Eksekutif berbesar hati untuk merasmikan Portal Pelajar dan mengumumkan 2 perkara besar di atas. 
Pengerusi Majlis mewakili warga KTD mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Eksekutif dengan kesudian untuk merasmikan Pesat Perdana Awal sesi II 2024/2025 dan mendoakan semoga program yang dirancang pada sesi ini dapat berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sumber daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar