Kota Bharu, 13 Januari 2025 – Kolej Teknologi Darulnaim telah menghantar staf mereka bagi menghadiri Kursus ‘E-Invoicing : Mastery Guideline & Implementation’ pada 12 dan 13 Januari 2025. Kursus yang berlangsung di Hotel Renai, Kota Bharu tersebut disertai oleh Pn. Sharina Saidi dan Pn Izzlin Izzuddin, selaku staf di Jabatan Kewangan.
Kursus yang ditanggung sepenuhnya oleh HRDC ini, memberi pendedahan berkenaan garis panduan dan pelaksanaan E-Invois oleh syarikat yang mana diwajibkan bermula pada 1 Julai 2025. Sepanjang kursus, staf terlibat telah mempelajari beberapa modul berkenaan E-Invois termasuk proses, model, jenis, bidang dan klasifikasi data. Diharap kursus ini dapat memberi panduan dan rujukan ke arah persediaan awal KTD bagi pelaksanaan E-Invois.

Sumber daripada Jabatan Kewangan