26 November 2022 | Program Seminar Alam Kerjaya yang berlangsung 1 hari penuh dengan pelbagai pengisian seperti Career Talk, Mock Interview, Forum Halatuju Graduan serta Majlis Makan Malam bakal graduan semester akhir di Restoran Horizon Garden Kota Bharu.
Program ini merupakan satu program kerjasama antara Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Hal Ehwal Akademik bersama gabungan semua persatuan pelajar serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPM) dan Kelab Fasilitator Harapan (KAFAH).
Seminar ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar terhadap alam kerjaya selepas pengajian diploma dan mempersiapkan para pelajar dengan ilmu dan kemahiran-kemahiran tertentu yang diperlukan di alam kerjaya termasuklah kekuatan dari segi emosi, intelektual dan spiritual supaya mereka berupaya menghadapi segala cabaran dan rintangan mendatang dengan lebih bijak, terancang dan penuh dedikasi.
Selain itu, antara objektif seminar ini adalah untuk memberi peluang persediaan kepada para pelajar yang bakal memasuki alam kerjaya sebagai modal insan rabbani yang berjati diri unggul selaras dengan merealisasikan slogan KTD “Ngaji Biar Pandai, Perangai Biar Juruh, Hidup Biar BulehTupe” supaya dapat mencapai kecemerlangan dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi serta menjadi contoh kepada masyarakat dan seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan ummah.
Terima kasih kepada semua tetamu jemputan, staf dan pelajar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dan penyumbang majlis makan malam oleh Haluan Negeri seluruh Malaysia.