.
21 Mei 2024, KTD diwakili oleh Timbalan Ketua Eksekutif, Dr Asry Bin Yusoff bersama 3 pegawai HEP telah mengadakan kunjungan ke MAIK bagi tujuan tersebut. MAIK pula diwakili oleh Ketua Bahagian Agama, Ustaz Murtadha Bin Haji Abdullah dan 2 pegawai dari bahagian yang sama.
.
Perbincangan tertumpu kepada kerjasama antara KTD dan MAIK untuk meningkatkan keberkesanan pengendalian modul PESAT oleh 57 orang fasilitator dari kalangan staf dan bukan staf KTD.
.
Pihak MAIK selaku badan yang memperluaskan usaha kegiaatan dakwah dan tarbiah ini menyambut baik hasrat KTD dan bersedia utk memberi kerjasama sepenuhnya demi kepentingan penghayatan dan penyebaran Islam.

