Nur Mayamin Uzir , alumni Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) , graduan Diploma Pengajian Al-Quran Dan As-Sunnah Kerjasama KUIS – KTD 2011-2013, berjaya mencipta kejayaan gemilang apabila dinobatkan sebagai finalis dalam kategori Pembuatan dalam Pertandingan Rural Business Challenge (RBC) 2.0 anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Bahagian Pembangunan Desa Usahawan. Kejayaan beliau bukan sahaja mencerminkan kejayaan peribadi, tetapi juga menunjukkan kemajuan dan potensi besar yang dimiliki oleh golongan usahawan muda dari luar bandar.
Nur Mayamin Uzir, menerima hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 bagi kategori Pembuatan setelah melepasi 5 peringkat saringan dan penilaian. Program ni dibuat untuk menggalakkan pengembangan perniagaan usahawan desa melalui pertandingan penyediaan rancangan perniagaan oleh usahawan luar bandar seluruh Malaysia bagi mendapatkan geran kerajaan nilai RM 15 juta.

Dalam temubual eksklusif, Nur mayamin berkongsi bahawa pengalaman beliau di KTD banyak memberikan platform untuk mengasah kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menceburi dunia perniagaan. “Pengalaman di KTD membantu membentuk keyakinan diri dan memberikan peluang untuk belajar mengenai asas perniagaan serta kepentingan inovasi”. Beliau meneruskan perniagaan Saljoo Ice Cream yang dimulakan oleh ibunya pada 2013 dan mula terlibat sepenuhnya pada tahun 2018 selepas menamatkan pengajian peringkat ijazah. Kini beliau bertugas sebagai Pengurus Kanan dan Penyelia Halal di Salis Cemerlang Enterprise.
Pertandingan RBC merupakan inisiatif untuk memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan belia luar bandar dengan menyediakan peluang bagi mereka untuk mengembangkan idea perniagaan yang mampan dan berdaya saing. Pertandingan ini turut memberi fokus kepada sektor-sektor perniagaan yang berpotensi besar, seperti pembuatan, pertanian, dan perkhidmatan, untuk membantu meningkatkan ekonomi komuniti luar bandar.

Akhir kata, kejayaan ini bukan sahaja untuk Nur Mayamin tetapi adalah dorongan motivasi untuk mahasiswa KTD yang ingin mengikut jejak langkah usahawan. Diharapkan lebih banyak lagi kejayaan seperti ini akan muncul, membanggakan institusi pendidikan dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat. SYABAS MAYA.
Sumber daripada Jabatan Pendaftar