KOTA BHARU, 5 Ogos – Nur Liyana Balqis Binti Mohd Fazli, 19, telah dilantik sebagai Presiden Kelab Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK), Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) bagi sesi kepimpinan yang baharu dalam Majlis Annual Grand Meeting (AGM) yang turut menyaksikan perasmian logo baharu persatuan di Dewan Utama KTD, di sini, pada 29 Julai 2026.
Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Persatuan DPAK itu menghimpunkan ahli kelab persatuan yang terdiri daripada pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Barisan Pensyarah DPAK bagi menyaksikan pelancaran identiti baharu persatuan serta proses pemilihan Ahli Jawatankuasa (Exco) yang akan menerajui kepimpinan persatuan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif KTD, Dr Nik Kamaruzaman Bin Haji Abdullatif. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa penglibatan dalam organisasi pelajar merupakan platform terbaik untuk membentuk sahsiah, memupuk nilai kepimpinan serta memperkukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan mahasiswa.

Menurut beliau, penjenamaan semula melalui pengenalan logo baharu bukan sekadar memperbaharui identiti persatuan, malah menjadi simbol komitmen Kelab Persatuan DPAK untuk terus berkembang sebagai sebuah organisasi yang aktif, progresif dan memberi manfaat kepada ahli serta institusi.
Selain pelancaran logo baharu, majlis turut menyaksikan pemilihan barisan Ahli Jawatankuasa (Exco) yang baharu. Nur Liyana Balqis binti Mohd Fazli telah menerima mandat daripada ahli persatuan untuk menerajui Kelab Persatuan DPAK sebagai presiden, sekali gus memimpin barisan Exco dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program sepanjang tempoh kepimpinan mereka.
Majlis Annual Grand Meeting ini bukan sahaja menjadi platform memperkenalkan identiti baharu persatuan, malah mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan ahli serta menyemai budaya kepimpinan yang berkualiti dalam kalangan pelajar.
Penganjuran program tersebut diharap dapat melahirkan barisan kepimpinan pelajar yang berwibawa, berintegriti dan berdaya saing, sekali gus memperkasakan peranan Kelab Persatuan DPAK sebagai sebuah persatuan yang aktif dan cemerlang di Kolej Teknologi Darulnaim.

Sumber daripada Persatuan Diploma Awal Kanak-Kanak