• Call us: 09-774 9200
  • info@ktd.edu.my

Ikhlas Bersama Mantan Ketua Eksekutif Permodalan Kelantan Berhad

Search Courses

KOTA BHARU, 20 Januari 2025 – Program Pembangunan Staf Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) pada kali ini sangat bertuah kerana dapat bersama dengan Mantan Ketua Eksekutif PKB, YBrs Tuan Hj Mohd Sabri Bin Abdullah seperti yang dijadualkan. 

Tajuk penyampaian pada kali ini adalah “Ikhlas”. Permulaan pertemuan, Tuan Hj Mohd Sabri menyeru semua warga KTD berdoa memohon keampunan kepada warga KTD yang telah ke rahmatullah dalam tempoh berkhidmat di KTD antaranya Almarhumah Puan Hajjah Wan Hamidah, Almarhum Tuan Hj Abdul Rahim, Almarhum Prof Abdul Hakim, Almarhum En.Dulbahri dan Almarhum Encik Dzulkifli. Semoga Allah mengampunkan mereka yang Ikhlas berkhidmat di KTD. InshaAllah. 

Ikhlas yang dimaksudkan dalam pengisian hari ini adalah melakukan sesuatu semata-mata mencari keridhaan Allah swt tanpa dicampuri oleh tujuan lain seperti hawa nafsu dan juga keuntungan dunia.  Menurut Profesor Dr Yusof Al-Qardhawi ikhlas ini :

“Menghendaki keredhaan Allah dengan suatu amal, membersihkan dari segala noda individu dan duniawi. Tidak ada maksud yang lain untuk melakukan suatu amal kecuali kerana Allah dan demi hari akhirat. 

Tuan Hj Mohd Sabri juga memilih beberapa potongan ayat Al-Quran sebagai  panduan dalam kehidupan seorang mukmin. Antara ayat pilihan adalah dari surah Al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud 

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus”

Pengerusi Majlis mewakili warga KTD mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Ketua Eksekutif PKB  diatas perkongsian yang di sampaikan dan menyeru semua warga KTD agar terus menjaga keikhlasan hati dalam mengerjakan semua amal.
Sumber daripada : Jabatan Hal Ehwal Pelajar