• Call us: 09-774 9200
  • info@ktd.edu.my

MAJLIS MAHABBAH ONLINE SPECIAL EDITION

Search Courses

10 Oktober 2021, -Seramai kurang lebih 50 orang Alumni Kolej Teknologi Darulnaim berpeluang menghadiri Majlis Mahabbah Online Special Edition yang dijayakan oleh sekumpulan Alumni dari tahun 2016. Program yang dihadiri seramai 50 orang ini dianjurkan secara dalam talian dan dipengerusikan oleh Mohd Hamezan Sikkandar Saleem, Alumni KTD tahun 2016.

Majlis Mahabbah Online Special Edition kali ini bertujuan untuk mengimbau kembali kenangan pengalaman melalui Program Pembangunan Sahsiah Terpuji (PESAT) yang diadakan untuk semua pelajar KTD pada setiap minggu disamping mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang telah sekian lama terpisah.

Program yang berlangsung selama kurang lebih 3 jam itu diisi oleh pengisian rohani yang disampaikan oleh bekas pensyarah Kolej Teknologi Darulnaim Ustaz Abdul Rahhim Bin Abdul Wahab. Pengisian yang disampaikan bertajuk Lost And Found, Seeking for Gods Closeness. Ustaz Abdul Rahhim Bin Abdul Wahab memberi perkongsian mengenai kepentingan dalam bersahabat, perlu bertanya khabar, dan memberi contoh-contoh (Qudwah) yang baik kepada sahabat supaya kebaikan kita dapat dicontohi oleh sahabat kita yang lain.

Program dilanjutkan dengan permainan ‘game’ dan kuiz secara dalam talian menjadikan Majlis Mahabbah Online Special Edition pada kali ini lebih meriah. Majlis seterusnya berakhir dengan bacaan doa dari Muhamad Akmal Bin Sohaimi, juga merupakan Alumni KTD, sekarang melanjutkan pelajaran di Jordan pada tahun akhir.